Alhamdulillah..
minggu ni dah masuk minggu ke 4 di SK Telisai (walaupun dalam seminggu
kadang-kadang tidak penuh haha)
Ok first aku
masuk bilik guru, penolong kanan terus jumpa sebab mau bagi jadual waktu. Bila
dapat, tengok 30 waktu, tidak la terkejut sangat sebab partner interim dah bagi
tau yang aku dapat 30 waktu. Terima jak la yaa, syukur.. Ada orang yang dapat
lebih banyak lagi.
Tau apa sebabnya?
Sebab hadirnya aku menggantikan ustazah yang baru saja dapat pindah. So secara
automatiknya, semua masa dia aku ambil. Jadi lah 30 waktu semuanya. Ohyaa, dan
aku baru tahu i’m the only GPI (guru pendidikan islam) di sekolah ni. Tapi
nasib lah ada seorang GBA (guru bahasa arab yang bantu untuk ambil masa Pendidikan Islam untuk tahun 4 dan 5. Kalau tidak, boleh pengsan okay kalau
ambil semua.
Jadi bermula lah
kehidupan aku sebagai seorang cikgu a.k.a ustazah di SK Telisai, Lahad Datu.
Kalau secara jujurnya, aku tiada masalah dalam sekolah ni sebab semua cikgu pun
sangat-sangat supportive, baik, peramah, suka bergurau. Pendek kata, tidak buat
orang stress la bha. Cuma kesusahan bagi seorang wiwieyana adalah jauh daripada
kampung halaman (macam yang aku bagi tau sebelum ni la kan).
Duduk
sorang-sorang sini macam hari-hari homesick. Macam hampir setiap hari jugak
telefon parents di KK tu. Melepas kerinduan dan kebosanan orang bilang.
Alahaiii.. Hati kena sado wiee..
Selepas 2 minggu
mengajar, jadual kena update pulak dahhh.. Dari 30 waktu ke 34 waktu. Maka
makin sado lah seorang wiwieyana. Kan kan kan? Jadi pakcik kantin jangan lagi
la selalu tanya saya ya kenapa jarang pg kantin (since pakcik selalu tanya kan
haha). Sebab jadual saya hari-hari penuh. Ok gaisss, jangan salah faham. Aku bukan mengeluh jadual kena update. Tujuan aku cerita hanya untuk berkongsi pengalaman :)
InsyaAllah i’ll
be fine here. Kali ni kena belajar berdikari betul-betul okay. Sudah la makin
besar macam makin manja dengan parents, masa tu jugak la kena hantar jauh-jauh
untuk berbakti. Adehhh.. It’s okay, rezeki Allah tu kan ada di mana-mana. Mana
tau tinggal di Lahad Datu ni, rezeki makin murah kan. Sangka baik dengan Allah
insyaAllah J
Yanaz, 18.02.2017
17:31, sk telisai
#guruinterim #lahaddatu #sktelisai
No comments:
Post a Comment