Tuesday 7 November 2017

Life - Better Life



Aku mungkin bukan orang baik. Aku hanya seorang insan yang biasa-biasa. Sederhana. Bukan juga berlatarbelakangkan keluarga yang tinggi ilmu agama, bukan berpelajaran tinggi. Tapi aku selalu mencuba untuk jadi yang terbaik. Agar aku juga dapat yang baik-baik.

Dan aku tahu, dalam usaha untuk menjadi itu bukan sesuatu yang mudah. Kadang, aku lalai dengan nikmat yang dikurnia, aku jatuh di pertengahan, dan aku pernah hampir berputus asa dengan tiap-tiap ujian yang datang.

Betapa lemahnya aku menjadi hamba Allah. Tidak pernah aku melihat setiap daripadanya sebagai satu tanda kasih Tuhan.

Ujian itu datang kerana 3 perkara. Sama ada Allah ingin menguji keimanan manusia untuk meninggikan darjat seseorang itu di sisi Nya, untuk membasuh dosa-dosa kecil yang pernah dilakukan, atau sebagai musibah terhadap dosa-dosa individu tersebut.

Semoga Allah permudah setiap jalan untuk aku, untuk kamu dan kita semua menjadi sebahagian daripada mereka yang berada dalam golongan yang baik-baik.

Aaamiiiin..







Yanaz, 07112017
20:36, sk telisai

Wednesday 10 May 2017

KESEMPITAN


Assalamualaikum J

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 4 bulan kerja (lebih kurang). Syukur, setiap perjalanan dan urusan Allah mudahkan dengan sebaik-baik perancangan Nya. Walaupun pada awalnya semua dah dirancang dengan baik, siap ada plan B. Tapi siapa kita untuk menghindar dari perancangan Nya? Kerana pada setiap perancangan kita yang tak jadi, ada hikmah yang lebih baik yang Allah nak bagi J Teruskan positif.

Sepanjang menjadi guru interim ni, gaji tidak lah banyak mana. Basic pun tak macam guru tetap, elaun pun bukan semua dapat. Kelebihan-kelebihan sampingan apatah lagi. Hmm.. its okay, terus positif J

Sejak pegang duit gaji, baru rasa banyak komitmen yang menanti. Padahal, sebelum gaji dah rancang macam-macam nak beli itu ini. Apatah lagi bila dalam kalangan ahli keluarga, hanya kau yang bekerja. Kena bayar kereta, bil elektrik, bil air, beli barang rumah, bagi adik-adik belanja, bagi kat parents. Lain pula hal bila di rumah sewa (tempat mengajar). Kena bayar sewa rumah, bil elektrik dan air, kau nak kena belanja murid-murid kau lagi (yang ni bukan selalu), barang rumah, minyak kereta dan bayaran-bayaran lainnya.

Ohhh.. jangan salah faham. Ini bukan suatu rungutan seorang anak yang bergelar pendidik. Ini adalah sebuah kenyataan yang perlu dihadap oleh setiap individu yang bekerja.
Apa yang perlu dilakukan apabila hal seperti ini berlaku? Terlalu banyak komitmen mengenai perbelanjaan kadang-kadang boleh buat otak sesak. Bagi golongan yang susah, hati pulak selalu sebak.

Bagi aku, sentiasa percaya bahawa rezeki tu dari Allah. Dan rezeki itu ada di mana-mana. Ini pandangan aku, cuma sekadar pandangan. Lepas dapat gaji, mana-mana pembayaran yang patut didahulukan, terus bayar. Contoh macam nak bayar kereta, bil apa semua. Then, senaraikan keperluan dan kehendak. Ya, aku faham. Setiap orang ada kehendak masing-masing. Sama macam aku. Tapi sekarang keadaan dah lain. Mana yang tak penting, kau kena berkorban dan ketepikan. Tapi pada masa yang sama, jangan lupa buat simpanan. Biar sikit, yang penting ada. Yakin yang kau boleh.

Seandainya ada dalam kalangan kita yang nak ikhtiar untuk dapat duit lebih, anda sangatlah dipersilakan. Contohnya macam bisnes tu. Tak salah pun. Yang penting benda tu halal.

Oh ya.. oleh kerana dah ada duit sendiri ni kan, kau jangan pernah lokek atau kedekut dengan orang sekeliling, terutamanya ibu bapa kau. Sebab ibu bapa kau tak pernah lokek pun dengan kau sebelum ni. Rajinkan diri untuk bersedekah. Sebab dalam rezeki kita, ada jugak rezeki orang lain.

Sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi. Kau asyik mengeluh, apa kau dapat? Penat aje. Baik tak payah. Selalu-selalulah ucap syukur atas nikmat. Kau percaya pada rezeki yang Allah bagi? Kalau kau sentiasa percaya, kau tak akan pernah rasa sempit. Walau hakikatnya komitmen kau banyak dalam perbelanjaan.

Allah uji dengan pendapatan dan perbelanjaan je, tak besar mana ujian macam ni. Selagi mana kita sentiasa bersyukur. Terus positif, sahabat J

Syukur, sekarang #nomoreinterim. Dah jadi PPP DG41, Alhamdulillah :)



#myjourney #hikayatkusebagaicikgu #lahaddatu #sktelisai

Sunday 19 February 2017

34 WAKTU


Alhamdulillah.. minggu ni dah masuk minggu ke 4 di SK Telisai (walaupun dalam seminggu kadang-kadang tidak penuh haha)

Ok first aku masuk bilik guru, penolong kanan terus jumpa sebab mau bagi jadual waktu. Bila dapat, tengok 30 waktu, tidak la terkejut sangat sebab partner interim dah bagi tau yang aku dapat 30 waktu. Terima jak la yaa, syukur.. Ada orang yang dapat lebih banyak lagi.

Tau apa sebabnya? Sebab hadirnya aku menggantikan ustazah yang baru saja dapat pindah. So secara automatiknya, semua masa dia aku ambil. Jadi lah 30 waktu semuanya. Ohyaa, dan aku baru tahu i’m the only GPI (guru pendidikan islam) di sekolah ni. Tapi nasib lah ada seorang GBA (guru bahasa arab yang bantu untuk ambil masa Pendidikan Islam untuk tahun 4 dan 5. Kalau tidak, boleh pengsan okay kalau ambil semua.

Jadi bermula lah kehidupan aku sebagai seorang cikgu a.k.a ustazah di SK Telisai, Lahad Datu. Kalau secara jujurnya, aku tiada masalah dalam sekolah ni sebab semua cikgu pun sangat-sangat supportive, baik, peramah, suka bergurau. Pendek kata, tidak buat orang stress la bha. Cuma kesusahan bagi seorang wiwieyana adalah jauh daripada kampung halaman (macam yang aku bagi tau sebelum ni la kan).

Duduk sorang-sorang sini macam hari-hari homesick. Macam hampir setiap hari jugak telefon parents di KK tu. Melepas kerinduan dan kebosanan orang bilang. Alahaiii.. Hati kena sado wiee..

Selepas 2 minggu mengajar, jadual kena update pulak dahhh.. Dari 30 waktu ke 34 waktu. Maka makin sado lah seorang wiwieyana. Kan kan kan? Jadi pakcik kantin jangan lagi la selalu tanya saya ya kenapa jarang pg kantin (since pakcik selalu tanya kan haha). Sebab jadual saya hari-hari penuh. Ok gaisss, jangan salah faham. Aku bukan mengeluh jadual kena update. Tujuan aku cerita hanya untuk berkongsi pengalaman :)

InsyaAllah i’ll be fine here. Kali ni kena belajar berdikari betul-betul okay. Sudah la makin besar macam makin manja dengan parents, masa tu jugak la kena hantar jauh-jauh untuk berbakti. Adehhh.. It’s okay, rezeki Allah tu kan ada di mana-mana. Mana tau tinggal di Lahad Datu ni, rezeki makin murah kan. Sangka baik dengan Allah insyaAllah J



Yanaz, 18.02.2017
17:31, sk telisai

#guruinterim #lahaddatu #sktelisai

Saturday 21 January 2017

Telisai, Lahad Datu

Ini cuma sedikit perkongsian pengalaman seorang guru novis.

Alhamdulillah, 12 Januari 2017 dapat perkhabaran gembira apabila dijemput untuk menghadiri taklimat penempatan guru interim. Guru interim ni mengajar macam biasa jugak. Tapi belum jadi penjawat awam secara sah. Sampai la satu tempoh yang akan diberitahu kemudian. Tapi selepas menjalani temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Elaun dan kemudahan juga disediakan, tapi tidak sepenuhnya seperti guru yang sudah berada di dalam perkhidmatan.

16 Januari 2017, dapat surat penempatan selepas taklimat dijalankan. Sampul putih pun dibuka untuk mengetahui penempatan. “SK Telisai, Lahad Datu” jelas terpapar pada surat tawaran. Sama ada setuju atau tidak. Tapi jika ditolak, nama akan di blacklist. Mari la kita menangis. Jadi kena terima, redha. insyaAllah Allah akan buka jalan yang lebih baik bila berada di sana.

Oleh sebab KK ke LD memakan masa 7-8 jam (belum termasuk perjalanan ke sekolah), jadi perancangan awal 23 Januari 2017 baru mau melapor diri. Jadi sempat lagi la mau buat medical check up dan kwsp serta urusan-urusan yang berkaitan. 

18 Januari 2017, tiba-tiba dapat call dari PPD LD, kena datang hari jumaat untuk taklimat guru baru di PPD LD dan tiada alasan untuk tidak hadir. Jadi menangis lagi? Yes. Part ni la paling down. Sebab apa? Sebab kita dah rancang baik punya, tiba-tiba tak jadi. Who knows kan? Allah’s plan is always have something good. So terus call mama. Mana tau mama ada fikir plan untuk perjalanan ke sana, memandangkan KK-LD jauh. Sebab masa ni tengah medical check up, jadi tak dapat fikir apa-apa.

Dah siap semua urusan, terus balik rumah. Mama sibuk-sibuk masak, rupanya mau buat kenduri doa selamat sikit. Sebab esoknya (khamis) mesti gerak ke LD. Aku pun sibuk packing ala kadar, yang cukup-cukup untuk 4 hari, sebab 26 Januari 2017 mula cuti Tahun Baru Cina. Makhaiii, untuk hari ni memang tak rehat. Rushing dari pagi sampai ke malam.

19 Januari 2017, gerak ke LD jam 10 pagi. Alhamdulillah, parents hantar naik kereta. Perjalanan ni memang agak memenatkan. I feel you abah. Memang penat, sebab jadi penumpang pun penat duduk. Ini kan lagi orang yang memandu. Sampai di LD jam 5 petang. Nasib la abang ipar kerja di LD ni. So bermalam di rumah dia dulu, sebab esoknya ada taklimat di PPD. Tapi kesian, sebab terpaksa drive sejam lebih dari Felda Sahabat 7 ke bandar LD untuk sambut kami.

20 Januari 2017, taklimat guru-guru interim bersama pegawai PPD LD di PPD. Hampir sejam jugak taklimat ni. Habis taklimat, terus gerak ke sekolah sebab dah janji dengan kerani sekolah nak lapor diri hari jumaat. Nasib la jugak abang ipar bertugas di Felda. So sekali jalan la kalau mau pergi Telisai ni. Perjalanan ke Telisai ni kira-kira sejam lebih. Jadi maksudnya, KK-SK Telisai kira-kira 8-9 jam. Allah.. Lepas lapor diri, kerani bawa tengok quarters guru. Katanya, ada sorang guru lagi tinggal sama dengan aku. Cuma buat masa sekarang ni dia ulang alik dari rumah sebab baru bersalin. Alhamdulillah, walaupun tak lengkap sangat, ada lah jugak tempat tinggal. Tak payah cerewet sangat, bukan nak berbulan madu pun. Nak mendidik anak bangsa ni. SK Telisai is need you, dear self. Its okay J

Jadi, bermulalah pengembaraan aku sebagai seorang guru interim di SK Telisai ini. Semoga aku dapat biasakan diri dengan cepat dan dapat bergaul dengan masyarakat dengan mudah. Fasa baru dah bermula. Semoga berjaya untuk diri sendiri. Chayokk!!


Yanaz, 21.01.2017
20:26, sk telisai

Sunday 29 May 2016

#RoadToFinalSem

Alhamdulillah..
Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, terima kasih untuk semua kurniaan nikmat Mu hingga ke hari ini :)

Masih tidak menyangka yang aku sudah sampai ke tahap ini. Semester depan aku dah semester akhir wehh. Terima kasih untuk semua doa. Terharuuuu.. Sekarang ni aku masih menunggu jam 5.30 pm untuk aku gerak ke lapangan terbang. Nak balik cuti sem katakan. Hehe..

Banyak sangat cabaran dan dugaan semester 7 ni. 3 minggu kuliah sebelum praktikum. Sambung praktikum 3 bulan. Balik dari praktikum terus study week. Lepas tu exam 2 paper. Walaupun 2 paper, tapi tahap pecah otak jugak la.

Sem ni penat nak berkejar dengan masa. Nak cukupkan credit hour kuliah la, praktikum la, exam lagi. Oh ya program-program tahun akhir yang tak tahu nak selit kat mana la. Haha. Macam lawak aje kan. Hadir program dengan paksa-rela. Tapi at last, kena jugak ikhlas. Mana nak berkat kalau tak ikhlas. Ingat tu kawan-kawan :)

Tahun akhir ni banyak buat aku berfikir. Tentang diri sendiri, family, study dan masa depan. Oh ya, fikir tentang macam mana nak berpisah dengan kawan-kawan dan pensyarah pun ada jugak. 5 tahun setengah kot sama-sama. Gelak sama-sama, nangis pun sama-sama, makan tak boleh tak berebut, gelak tak pernah tak penat, nangis tak pernah sorang-sorang. Sedihnyaa..

Banyak sangat kenangan yang tak mampu aku nak tinggalkan kat IPG ni. Kenangan dengan orang tersayang, walaupun dia tak de la nak sayang sangat kat kita pun. Hahaha. Apa pun, terima kasih yang pernah singgah di hati. Sebab dapat jugak rasa bahagia walaupun sekejap kan. Aisehhh..

Kepada sahabat kesayangan hamba,
Jaga diri baik-baik ye masa cuti. Jangan nakal-nakal. Bising-bising la kat group tu, ada jugak penghibur di kala cuti hehe.. Aku sayang korang wehh. Serius! (ok, rasa macam nak nanges pulak)
Kita jumpa next sem pulak ye. InsyaAllah :) Doakan kejayaan bersama tau :)

Salam sayang,
yanabasri14


yanaz, ipgktar

Saturday 2 April 2016

Cinta Atau Hanya Suka-Suka

Bila aku cakap aku single, susah orang nak percaya. Kenapa? Tak boleh ke? Perangai happy go lucky macam aku ni kene in a relationship ke? Cehhh..

Sampai kadang orang cakap cam ni,
"Dah 23 kot. Takkan tak fikir lagi tentang cinta ke, nak kawen ke.."
dan bla bla bla bla bla la la la la...

Bukan aku tak nak fikir la. Tapi bagi aku sekarang ni, aku masih ada priority yang paling top. Lebih kurang macam wishing list gituu.

The priority comes first :
1. Parents
2. Siblings
3. Family
4. Future life
5. Jodoh (insyaAllah)

The oldest in the family memang akan banyak fikir. Macam aku jugak la. Tapi kalau dah ada yang nak masuk minang tu (kalau ada la hikhik), menepati citarasa pulak tu, takkan nak tolak kot. Hehe..

Kalau sekarang ni ada orang nak usha line ke, maaf la memang tak dapat nak bagi komitmen. Paling-paling pun aku akan bagi jawapan, 
"tunggu habis belajar kay. kalau nak tunggu, tunggu la. kalau tak tunggu pun takpe, maksudnya bukan jodoh la tu"

Bukan bermaksud aku sombong or nak tolak kan. Tapi macam aku cakap kat atas tu la, priority aku ni haa. Melainkan dia nak sama-sama usaha laksanakan wishing list aku tuh. Hehe..

Kalau sekarang ni orang tanya aku,
"Kau takde suka sape-sape ke wei?"

Eh eh.. Gila takde, mestila ade. Aku manusia kot. Wakaka
Aku memang ada suka sorang ni. Kitorang memang rapat sejak setahun lepas kot. Tapi aku tak tau la dia suka aku ke tak kan. (malu sorang-sorang)

Cuma sekarang ni, aku tak nak mengharap sangat. Aku takut kalau terlalu mengharap then tak dapat, jatuhnya terasa sakit, mungkin boleh mati. Tapi doa aku tak pernah putus. Moga Allah permudahkan urusan antara kami. Tak kira la kesudahannya baik atau sebaliknya. (macam nak nanges pulak)

Kalau jodoh Alhamdulillah, kalau bukan aku yakin Allah aturkan aku dengan orang lain insyaAllah. Hikmah kan, kita tak tau.

Jangan bagi tau orang k, malu pulak nanti. Hehe. Mohon doa korang je. Orang cakap, kalau ramai yang doa, insyaAllah makbul. Hehe. Blushing nyee.

Kbai. Jangan lupa doakan aku tau :) Peace yo!


yanaz, ipgktar.

Saturday 16 January 2016

Semester 7


Assalamualaikum..
Hai. Apa khabar semua? Sebab busy, lama tak update blog. Maaf andai ada yang menanti :)

Semester 7. Aku sendiri tak pernah sangka yang aku dah melangkah sejauh ini. Dah tahun akhir. Serius aku betul-betul tak sangka. Dan aku masih sukar nak terima hakikat yang aku dah duduk kat Sarawak ni almost 5 years and half. Yang peliknya, masih tak lancar jugak nak speaking Sarawak. Dan.. tak jugak jumpa jodoh orang Sarawak. Haha.

Tahun akhir memang tough weii. Serius tak tipu! Aku yang baru kuliah 2 minggu ni pun dah pening kepala belajar Kajian Tindakan as our major for this 2 semester left. Arghhhh takutnya. Tak pernah buat research kot. Memang la takut. Aku pun macam susah nak hadam dan tak boleh nak terima banyak-banyak input untuk subjek ni dalam 1 masa.

Tapi, macam yang ustazah cakap, kita kena jugak paksa. Persoalannya, dapatkah aku nak perah otak? Nak paksa diri? Sedangkan setiap kali kelas AR (action research), aku macam nak fed up and nangis.
"Mak, susahnya nak berjaya!"

No matter what. Aku kena jugak usaha. Kalau tak, memang sia-sia lah 5 tahun setengah aku. Sebab aku teringin jugak nak ambil master. Macam best kan? Hehe.. Mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan sampai posting. InsyaAllah aamiiiiin.

Mak cakap, "kalau nak berjaya, kena usaha lebih. Mana da orang yang berjaya, terus berjaya macam tu. Cuba tanya orang yang dah berjaya tu. Semuanya mula dari bawah. Semuanya pun dah merasa susah, dah lalui banyak cabaran".
Abah cakap, "belajar la bagus-bagus. Bukan senang nak cari duit sekolahkan kamu semua. Paling-paling pun, kamu berjaya, dapat la kami tumpang bahagia". Ok abah, sangat deep. Nak nangis rasa.

Baik mak. Ku sahut cabaran itu. Dan akan ku gapai impian untuk mak dan abah. Demi setiap keringat yang tumpah selama hidupmu membesarkan aku. InsyaAllah. Mohon doa sentiasa :)


-Miss Numena-