Wednesday, 10 May 2017

KESEMPITAN


Assalamualaikum J

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 4 bulan kerja (lebih kurang). Syukur, setiap perjalanan dan urusan Allah mudahkan dengan sebaik-baik perancangan Nya. Walaupun pada awalnya semua dah dirancang dengan baik, siap ada plan B. Tapi siapa kita untuk menghindar dari perancangan Nya? Kerana pada setiap perancangan kita yang tak jadi, ada hikmah yang lebih baik yang Allah nak bagi J Teruskan positif.

Sepanjang menjadi guru interim ni, gaji tidak lah banyak mana. Basic pun tak macam guru tetap, elaun pun bukan semua dapat. Kelebihan-kelebihan sampingan apatah lagi. Hmm.. its okay, terus positif J

Sejak pegang duit gaji, baru rasa banyak komitmen yang menanti. Padahal, sebelum gaji dah rancang macam-macam nak beli itu ini. Apatah lagi bila dalam kalangan ahli keluarga, hanya kau yang bekerja. Kena bayar kereta, bil elektrik, bil air, beli barang rumah, bagi adik-adik belanja, bagi kat parents. Lain pula hal bila di rumah sewa (tempat mengajar). Kena bayar sewa rumah, bil elektrik dan air, kau nak kena belanja murid-murid kau lagi (yang ni bukan selalu), barang rumah, minyak kereta dan bayaran-bayaran lainnya.

Ohhh.. jangan salah faham. Ini bukan suatu rungutan seorang anak yang bergelar pendidik. Ini adalah sebuah kenyataan yang perlu dihadap oleh setiap individu yang bekerja.
Apa yang perlu dilakukan apabila hal seperti ini berlaku? Terlalu banyak komitmen mengenai perbelanjaan kadang-kadang boleh buat otak sesak. Bagi golongan yang susah, hati pulak selalu sebak.

Bagi aku, sentiasa percaya bahawa rezeki tu dari Allah. Dan rezeki itu ada di mana-mana. Ini pandangan aku, cuma sekadar pandangan. Lepas dapat gaji, mana-mana pembayaran yang patut didahulukan, terus bayar. Contoh macam nak bayar kereta, bil apa semua. Then, senaraikan keperluan dan kehendak. Ya, aku faham. Setiap orang ada kehendak masing-masing. Sama macam aku. Tapi sekarang keadaan dah lain. Mana yang tak penting, kau kena berkorban dan ketepikan. Tapi pada masa yang sama, jangan lupa buat simpanan. Biar sikit, yang penting ada. Yakin yang kau boleh.

Seandainya ada dalam kalangan kita yang nak ikhtiar untuk dapat duit lebih, anda sangatlah dipersilakan. Contohnya macam bisnes tu. Tak salah pun. Yang penting benda tu halal.

Oh ya.. oleh kerana dah ada duit sendiri ni kan, kau jangan pernah lokek atau kedekut dengan orang sekeliling, terutamanya ibu bapa kau. Sebab ibu bapa kau tak pernah lokek pun dengan kau sebelum ni. Rajinkan diri untuk bersedekah. Sebab dalam rezeki kita, ada jugak rezeki orang lain.

Sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi. Kau asyik mengeluh, apa kau dapat? Penat aje. Baik tak payah. Selalu-selalulah ucap syukur atas nikmat. Kau percaya pada rezeki yang Allah bagi? Kalau kau sentiasa percaya, kau tak akan pernah rasa sempit. Walau hakikatnya komitmen kau banyak dalam perbelanjaan.

Allah uji dengan pendapatan dan perbelanjaan je, tak besar mana ujian macam ni. Selagi mana kita sentiasa bersyukur. Terus positif, sahabat J

Syukur, sekarang #nomoreinterim. Dah jadi PPP DG41, Alhamdulillah :)



#myjourney #hikayatkusebagaicikgu #lahaddatu #sktelisai

No comments:

Post a Comment