Ini cuma sedikit perkongsian pengalaman seorang guru novis.
Alhamdulillah, 12 Januari 2017 dapat perkhabaran
gembira apabila dijemput untuk menghadiri taklimat penempatan guru interim. Guru
interim ni mengajar macam biasa jugak. Tapi belum jadi penjawat awam secara
sah. Sampai la satu tempoh yang akan diberitahu kemudian. Tapi selepas
menjalani temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Elaun dan
kemudahan juga disediakan, tapi tidak sepenuhnya seperti guru yang sudah berada
di dalam perkhidmatan.
16 Januari 2017, dapat surat penempatan selepas
taklimat dijalankan. Sampul putih pun dibuka untuk mengetahui penempatan. “SK
Telisai, Lahad Datu” jelas terpapar pada surat tawaran. Sama ada setuju atau
tidak. Tapi jika ditolak, nama akan di blacklist. Mari la kita menangis. Jadi kena
terima, redha. insyaAllah Allah akan buka jalan yang lebih baik bila berada di
sana.
Oleh sebab KK ke LD memakan masa 7-8 jam (belum
termasuk perjalanan ke sekolah), jadi perancangan awal 23 Januari 2017 baru mau
melapor diri. Jadi sempat lagi la mau buat medical check up dan kwsp serta
urusan-urusan yang berkaitan.
18 Januari 2017, tiba-tiba dapat call dari PPD LD,
kena datang hari jumaat untuk taklimat guru baru di PPD LD dan tiada alasan untuk
tidak hadir. Jadi menangis lagi? Yes. Part ni la paling down. Sebab apa? Sebab kita
dah rancang baik punya, tiba-tiba tak jadi. Who knows kan? Allah’s plan is
always have something good. So terus call mama. Mana tau mama ada fikir plan
untuk perjalanan ke sana, memandangkan KK-LD jauh. Sebab masa ni tengah medical
check up, jadi tak dapat fikir apa-apa.
Dah siap semua urusan, terus balik rumah. Mama sibuk-sibuk
masak, rupanya mau buat kenduri doa selamat sikit. Sebab esoknya (khamis) mesti
gerak ke LD. Aku pun sibuk packing ala kadar, yang cukup-cukup untuk 4 hari,
sebab 26 Januari 2017 mula cuti Tahun Baru Cina. Makhaiii, untuk hari ni memang
tak rehat. Rushing dari pagi sampai ke malam.
19 Januari 2017, gerak ke LD jam 10 pagi. Alhamdulillah,
parents hantar naik kereta. Perjalanan ni memang agak memenatkan. I feel you
abah. Memang penat, sebab jadi penumpang pun penat duduk. Ini kan lagi orang
yang memandu. Sampai di LD jam 5 petang. Nasib la abang ipar kerja di LD ni. So
bermalam di rumah dia dulu, sebab esoknya ada taklimat di PPD. Tapi kesian,
sebab terpaksa drive sejam lebih dari Felda Sahabat 7 ke bandar LD untuk sambut
kami.
20 Januari 2017, taklimat guru-guru interim
bersama pegawai PPD LD di PPD. Hampir sejam jugak taklimat ni. Habis taklimat,
terus gerak ke sekolah sebab dah janji dengan kerani sekolah nak lapor diri
hari jumaat. Nasib la jugak abang ipar bertugas di Felda. So sekali jalan la
kalau mau pergi Telisai ni. Perjalanan ke Telisai ni kira-kira sejam lebih.
Jadi maksudnya, KK-SK Telisai kira-kira 8-9 jam. Allah.. Lepas lapor diri,
kerani bawa tengok quarters guru. Katanya, ada sorang guru lagi tinggal sama
dengan aku. Cuma buat masa sekarang ni dia ulang alik dari rumah sebab baru
bersalin. Alhamdulillah, walaupun tak lengkap sangat, ada lah jugak tempat
tinggal. Tak payah cerewet sangat, bukan nak berbulan madu pun. Nak mendidik
anak bangsa ni. SK Telisai is need you, dear self. Its okay J
Jadi, bermulalah pengembaraan aku sebagai seorang
guru interim di SK Telisai ini. Semoga aku dapat biasakan diri dengan cepat dan
dapat bergaul dengan masyarakat dengan mudah. Fasa baru dah bermula. Semoga berjaya
untuk diri sendiri. Chayokk!!
Yanaz, 21.01.2017
20:26,
sk telisai
Nk tnye, kalo lapor diri trikh yg same dgn kite tau penempatan kte ke? Ke brape hr kemudian?
ReplyDelete