Thursday, 30 April 2015

#diaribakalpendidik2

Assalamualaikum readers :) Meh senyum sikit. Hehehe.. Jangan masam-masam, nanti semua kerja pun tak jadi. Sebenarnya minggu ni dah habis minggu ketiga praktikum. Tapi hakak admin nak update cerita minggu kedua dulu k. Sibuk sangat sampai tak sempat nak bukak belog simple nihh..

Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua semuanya makin berjalan dengan lancar. Lesson plan, kawalan kelas. Dengan budak pun dah boleh masuk. Dah boleh senyum-senyum. Tapi masih tak boleh bagi muka sangat. Kang kita yg hanco dipijaknye.. Minggu ni adalah minggu bermulanya penyeliaan pertama. Kena selia dengan guru pembimbing dan diselia oleh pensyarah pembimbing. So masing-masing pun dah bertanya "bila aku kena observe ek?". "Bila korang kena observe?". Tak kurang jugak muka gembira yang dah diselia tu. "Alhamdulillah, aku dah". "Weh... nervousnya tadi". Macam-macam la ragam bakal pendidik ni. Hehe..

Aku tak payah cakap la. Memang tak tau bila pensyarah nak datang observe. Sebabnya mula-mula tu, pensyarah pembimbing tak nak bagi tau bila nak datang. Nak datang mengejut la kiranya. Hoho. Tapi pujuk punya pujuk, balasnya cuma insyaAllah.. Hahaha.. Sabar jak la dengan encik sorang ni. Dah masuk hari selasa, masih jugak tak dengar khabar berita yang pensyarah nak datang. Guru pembimbing pun asyik tanya bila pensyarah nak datang sekolah kan. Cakap ja la tak tau. Nak datang mengejut. Tapi ustaz cakap, tak pe kalau pensyarah tak nak bagi tau bila nak datang. Sebab kita jadi cikgu ni kena sentiasa bersedia. Kita kena anggap yang setiap hari adalah hari diselia. Ok ustaz, high motivation. Macam dapat semangat baru kan. Heheh..

Then, tiba-tiba petang selasa tu dapat call dari pensyarah pembimbing. Katanya nak datang esok (rabu). Alamakkk haiii. Ok ok, saya boleh encik. Sebenarnya, aku dengan partner praktikum dah rancang untuk pengajaran bersama sebab guru pembimbing nak tengok. So aktiviti semua dah ada. Tinggal nak buat lesson plan lagi la. Tapi rasa nervous nak kena observe tu memang takde. Sebab selasa petang tu macam ada tak kena ja dengan tekak ni. Bila malam makin teruk pulak, rupanya tonsil. Adek adek tau tak tonsil? Kalau tak tau pg tanya orang lain yang tau k. Langsung tak semangat nak buat lesson plan, nak buat bahan bantu mengajar (ABM) untuk diselia keesokan harinya. Yang ada dalam kepala ni cuma sakit tonsil yang tengah menyerang tekak. Telan liur pun dah terasa sakitnya, ni kan pulak nak bercakap. Mak tolonggg makkk.. Tapi kita sediakan ja k.. hhhmmmpp..

RABU.
Hari ni hari diselia oleh pensyarah pembimbing. Semua dah prepare. Lesson plan, ABM, persiapan diri. Satu yang kurang adalah semangat. Sebab dah sakit-sakit, siapa yang semangat nak buat ini, buat itu kan.. Bangun pagi pulak, suhu badan naik. Rasa macam nak nangis. Sebelum pg sekolah tu, call mak nak bagi tau hari ni anak dia diselia untuk pertama kalinya. Dan bagi tau jugak yg anak dia ni tengah tonsil. Mak pun memang la risau, tapi tetap bagi semangat. Sebab kalau sakit bahagian tekak ni, selalunya teruk sampai pernah batuk berdarah. Sebab tu mak selalu risau kalau aku bagi tau aku tgh batuk, tonsil bagai tu. Huuhuhu.. Sampai ja sekolah, terus jumpa budak tahun 6 bagi tau yang pensyarah nak datang pagi ni. So dorang semua kena lebih behave daripada yang biasa tapi masih tetap bersemangat macam selalu. Aku tak jugak nervous sebab lebih fikirkan tonsil yang semakin sakit. Ok, mengajar macam biasa dan aku anggap aku tak diselia pun. Sebab aku teringat pesan ustaz, "tak payah peduli orang sekeliling kalau kita tengah diselia. Anggap ja guru atau pensyarah pembimbing yang duduk belakang tu tiada". Terima kasih ustaz atas semangat ini. Ustaz la guru pembimbing paling sporting. Heheh..Dah habis mengajar tu, pensyarah pembimbing cakap keseluruhannya baik, cuma kurang dari teknik penyoalan. Ok, yang tu aku akui sebab aku memang tak pandai menyoal. Hahaha.. Tapi apa yang aku puas hati dan rasa berbaloi bila pensyarah cakap, "awak tak banyak masalah. cuma kurang teknik penyoalan. saya suka pengajaran dan pembelajaran awak". Tau ka apa perasaan masa tu? Rasa macam nak jerita biar 1 dunia tau. Walaupun aku tonsil, Allah permudahkan sesuatu untuk aku. Walaupun aku tau yg penyeliaan tu baru penyeliaan pertama. Aku bersyukur sangatt.. Serius tak tipu wehh.. Aku rasa macam nak nangis..

JUMAAT.
Hari ni pulak guru pembimbing yang selia. Katanya, ustaz yang patut observe dulu baru pensyarah. Ni dah terbalik. Hhaha.. pdp hari ni dah la 1 waktu ja, 1/2 jam la kiranya, tajuk khat pulak tu. Memang aku dah nervous dah. Sebab aku bukan pandai pun tulisan khat ni. Kena cuba banyak kali baru dapat buat. Hahah.. Tapi tak pe, kita cuba k. Heheh.. Tapi Alhamdulillah la sebab untuk minggu ni semuanya penyeliaan berjalan dengan lancar. Syukur sangat..

Kbaii.. jumpa untuk #diaribakalpendidik3 nanti k.. Hehhe.. stay tune. Muah cikeddd! Assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment