Friday, 17 April 2015

#diaribakalpendidik1

Assalamualaikum. 
Huh.. agak lama jugak tak buka blog ni. Macam dah berhabuk kan? Maaf la sekarang ni memang busy. Bukan lagi busy sikit. Tapi memag busy banyak.

Alhamdulillah sekarang ni dah melangkah ke alam baru iaitu alam praktikum. Walaupun belum jadi guru yang sebenar, tapi sedang melalui fasa-fasa untuk menjadi guru pada masa akan datang. Serius, ini perlu untuk rasai sendiri pengalaman sebenar dalam mengawal kelas, mengalami sendiri proses mengajar dan bagaimana bergaul dengan warga sekolah.

Jadi, sekarang ni sedang berpraktikum fasa 1. Praktikum mula bila dah masuk semester 5 selama sebulan. Partner praktikum boleh pilih (depend dgn IPG masing-masing la), tapi sekolah praktikum, unit praktikum yang tetapkan. So kena terima apa adanya kalau dapat sekolah besar atau sekolah kecil. Untuk praktikum kali ni, aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Endap, Kota Samarahan. Aku dah pernah pg SK Endap sebelum ni, tapi atas urusan surat menyurat aje. Tak sangka lah pulak kan dapat sekolah praktikum kat sini. S0, aku dah kenal pun dgn guru besar, walaupun dia tak cam muka aku. Hahaaa..

13 April 2015 melapor diri sebagai guru praktikum di SK Endap. Bila perhimpunan tu, kena perkenalkan diri lah pulak sepan semua staf dan students. Yang ni tak kekok sangat lah kot, sebab sebelum ni pun pernah jugak perkenalkan diri depan khalayak ramai macam tu masa PBS (pengalaman berasaskan sekolah) selama 4 semester. Tapi mungkin sebab perasaan praktikum ni lain macam sikit, tu yang macam ekkk?? Hahaa..

Then, jumpa dgn guru besar bincang tentang sekolah bagai, jumpa pulak dengan guru pembimbing. Guru pembimbing ni pun dah lama kenal, tapi dia tak kenal sangat kitorang ni.. Dia agak kerap jugak lah datang kampus bagi tazkirah or pengisian macam tu. Tapi malu kot dgn ustaz ni, macam seram je nk tengok. Haha.. mungkin first day kot. Lepas bincang-bincang jadual Pendidikan Islam,  jadi dapat lah mnegajar menggantikan ustaz selama sebulan di tahun 6. First dapat tahun 6 tu, aku pun macam sentap. Yelah, tahun 6 kot, batch UPSR. Tapi bila fikir balik, ok je ni.. lagipun Pendidikan Islam ni tak termasuk dalam UPSR kan. So kiranya tak mengganggu jugak la.

First day ustaz dah suruh masuk kelas. Berkenalan dulu katanya.. ok ustaz, boleh je. Then bila masuk kelas tu, bagi tau peraturan dulu. Supaya budak-budak tau yang dorang perlu hormat kita sebagai cikgu baru dorang. Kang ada yg pijak kepala kan susah.. Buat muka garang jangan lupa.. hahaha.. lepas tu baru mula berkenalan.

Aku dan partner dapat 8 waktu seminggu termasuk sekali dengan pengajaran bersama. Pengajaran bersama ajar tahun 4. Budak paling jajal dan susah dikawal bak kata ustaz la.. tapi tak pa, itu cabaran untuk kita bakal guru ni.. So far, budak tahun 6 aku ni ok, patuh arahan.. tapi pernah jugak kena marah sekali tu sebab buat kerja lain masa guru tengah mengajar. Itu perkara biasa, jadi jangan hairan. Yang penting ustaz cakap jangan pukul budak.

Itu cerita minggu pertama. Minggu kedua yang akan datang ni mesti lebih mencabar. Minggu bimbingan dan penyeliaan bakal bermual. Ok ok keep calm. Anggap jak tiada penyeliaan. Heheh.. kbai. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment