Sunday, 1 November 2015
Nak nanges jap, boleh?
"Aku sedih la"
"Apesal weh? Siapa yg buat kau sedih?"
"Tak da siapa pun buat aku sedih"
"Habis tu? Apesal ni weh? Bagi tau la. Jangan sedih sorang-sorang"
"Entah"
"Entah? Apa punya jawapan la kau ni. Aku tanya betul-betul ni. Cepat la cakap"
"Entah. Aku tak tau siapa yang buat aku sedih. Kenapa aku sedih. Apa punca aku sedih. Aku tak tau"
Mata dah berkaca.
"Dah tu... Macam mana boleh sedih?"
"Aku sedih je la. Tapi tak tau kenapa"
"Boleh ke macam tu?"
"Kalau aku boleh, maksudnya boleh la tu"
"Ish kau ni, pelik la"
"Aku sedih je weh. Serius aku tak tau kenapa"
"Ok la. Ok la. Sedih la kalau nak sedih"
"Beb, boleh tak kalau aku nak nanges jap?"
"Nanges lama-lama pun boleh. Lepaskan je apa yang buat kau sedih ni"
Air mata dan menitis.
"Beb, kalau aku nak tumpang bahu ke, dada ke, boleh?"
"I'll always be your crying shoulder, beb. Nanges je. Lepaskan semua"
Sedih. Kau pernah rasa sedih tak bersebab? Mesti pernah kan? Ya. Kadang-kadang kita sedih tak tau kenapa. Apa punca dan sebab siapa. Tiba-tiba rasa sedih. Aku selalu. Serius. But then, how we handle the sadness?
Ada orang biarkan. Lupakan. Buat benda lain. Pergi jalan-jalan. Ada jugak yang layan. Dan ada jugak yang menangis. Serius tak tipu.
Menangis. Kadang-kadang bukan sebab lemah. Bukan juga sebab cengeng orang kata. Bukan juga sebab dia memiliki ciri-ciri kemanjaan.
Tapi menangis sebab itu adalah salah satu cara untuk hilangkan kesedihan. Satu cara untuk melepaskan beban. Juga satu cara untuk puaskan perasaan. Sebab ada orang boleh lupakan masalah selepas menangis. Pernah? Ya, faham. Sebab aku pun pernah.
Maaf andai pernah menyakiti, melukai. Mungkin ada yang pernah menangis kerana diri ini. Maaf, sorry, ampun.
_MissNumena_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment