Assalamualaikum..
fuhhh.. jauh2 hai habuk. Saya ingin membersihkan ruang ilmu ini :)
Maafkan saya wahai semua andai ada yang menanti update daripada belog ini sebab sibuk memanjang. Alhamdulillah, hari ni ada masa sikit. Kita curi masa kejap.
Baru-baru ni, ada panel MQA (Malaysia Qualified Agency) datang institut untuk mengakriditasi beberapa opsyen. So, ada 3 opsyen yang kena, Pengajian Agama, Muzik dan Sains.
Giler tak gelabah. Lain kena siapkan fail. Lain pulak kena rangka jawapan bila disoal oleh panel. Tapi Alhamdulillah, persiapan institut sangat memberangsangkan.
Prof Madya Dr. Ezani, saya akan ingat nama Prof sampai bila-bila, insyaAllah. Prof telah mengajar saya banyak perkara dan membuatkan saya berfikir walau bersua hanya untuk beberapa jam sahaja.
Kita bermula dengan Islam. Kita berpegang dengan Alquran dan Sunnah. Kita mementingkan persaudaraan sebagaimana Rasulullah. Tapi kini, kita sendiri menindas sesama kita. Kita sendiri bertelagah di sana sini. Tiada persepakatan. Lain mazhab sikit, dah nak kata dia bukan Islam. Sedangkan Islam itu terletak pada syahadah. PERSAUDARAAN. Itu yang penting. Islam tidak mengajar kita untuk bergaduh. Apatah lagi sesama kita sendiri.
Sudah bersedia jadi ustaz ustazah yang akan berdepan dengan masyarakat masa kini? Jangan hanya bertitlekan ustaz ustazah tanpa ilmu. Ilmu itu untuk mati. Ilmu untuk akhirat. Bukan hanya untuk exam. Memikul gelaran ustaz ustazah ni bukan mudah. Sebab ianya adalah amanah. Kena jaga baik-baik. Walaupun hanya ustaz dan ustazah yang berada pada bidang perguruan.
Kita dalam proses belajar. Pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat. Kita mengajar sambil belajar. Di mana disiplin ilmu jika kita sendiri tidak berusaha untuk menguasai ilmu? DISIPLIN ILMU. Mesti dititikberatkan. Jangan belajar dabik dada. Belajar lah untuk ummah.
Jangan terlalu mengenal hiburan. Sampai kita lupa tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam yang banyak menyumbang. Kenal ulamak, peribadi mereka serta kitab-kitab karangan mereka. Jangan terlalu mengharap pada ulamak selebriti. Dekatilah dulu mereka yang berilmu dengan peringkat ilmu mereka. Belajar ilmu biar berguru :)
Baik Prof. InsyaAllah. Kami akan jadi guru Pendidikan Islam yang banyak ilmu. Kami akan sahut cabaran. Dan kami sahut cabaran ustaz Azizi untuk ambil Master dalam tempoh 5 tahun contract mengajar. InsyaAllah. Doakan anak didikmu.
Ayat yang paling terkesan di hati. "Dunia undur ke belakang, Akhirat maju ke depan"
TERIMA KASIH PROF EZANI :)
#PenanganMQA2014
No comments:
Post a Comment