assalamualaikum..
Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Allahumma.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Kenapa dunia makin parah?
Kenapa dunia makin sengsara?
Kenapa semuanya makin derita?
Sungguh, rupanya benar kita di akhir zaman. Rupanya benar kita semakin menghampiri akhirat. Rupanya benar dunia sudah mahu kiamat.
Jadi, mana peranan kita sebagai umat Islam.
Apa persiapan kita?
Palestin.
dibedil bom sana sini.
Tiada belas kasihan.
Di mana perikemanusiaan?
Yang tua dan wanita tiada terkira.
Si kecil pula sasaran utama.
Tunggu apa wahai umat?
Saudaramu sedang ditindas.
Mereka sedang dikhianat.
Mahu jawab apa di hadapan Tuhan?
Sudahkah kita bersedia melemparkan jawapan?
Lain pula berita yang menyedihkan Malaysia.
MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
dikatakan ditempak sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia
Allah..
Hati mana tidak terkejut dengan berita menyayat hati ini.
Keluarga mana yang tidak bimbang jika ahli keluarganya menjadi salah seorang penumpang.
Namun, hikmah atas Takdir yang telah Engkau aturkan itu sangat luas.
Tiada daya seorang hamba untuk menghalang kekuatanMu Allah..
bila Kunfayakun, maka tidaklah ditunggu dan dilambatkan walau sesaat.
Berilah kekuatan kepada mereka ya Allah.
Moga tabah untuk terima semua.
Moga lapang dada menghadapi tekdir yang Engkau aturkan.
Kepada Semua..
Janganlah berhenti berdoa untuk keselamatan kita semua.
Selitkan doa untuk keselamatan kita di dalam doa panjang yang selalu dibaca.
Dalam kita bergembira dan bergelak ketawa,
Jangan dilupa yang tengah derita.
Jangan dilupa yang sedang menanggung duka.
Kalau tak dapat rasa peritnya mereka,
sekurang-kurangnya bersimpatilah.
Al-Fatihah..
Doa Rakyat Malaysia buatmu Penumpang dan kru MH17.
JANGAN LUPA!
DOA UNTUK MH17
DOA UNTUK MH370
DOA UNTUK GAZA
DOA UNTUK MALAYSIA
DOA UNTUK UMAT ISLAM
DOA UNTUK KITA SEMUA
miss Numena
19 Julai 2014
No comments:
Post a Comment