Monday, 5 May 2014

PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti)

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum semua :)

minggu lepas, kelas kami ada buat lawatan kat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kota Samarahan. dekat ja. hehe.. kenapa? sebab... silibus EDU 3104 (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku) kali ni ada kaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. alaaa.. yang macam autisme, disleksia, slow learner and so on tu la..
oleh kerana dah banyak kali tangguh, so 30 april hari tu kami pg la. macam-macam perasaan ada. ada yang nervous, takut and sedih. haa! excited pun ada.
pg sana naik bas IPG la kan.. bukan jauh pun. 10 minit naik kereta, 15 minit naik bas. agak-agak la macam tu. sebenarnya guna coaster pun boleh. sebab kami ada 19 orang ja pun. tapi coaster rosak la pulak, so terpaksa la jugak guna bas yang besar gedabak tu. yang boleh muat 40 orang tu.

ok, sampai-sampai ja sana, kami disambut dengan penuh keriangan kanak-kanak. dorang semua dibawa keluar daripada kelas dan dikawal oleh setiap seorang daripada kami ni. apa lagi, konfem kecoh. kawan-kawan apa lagi, ada yang excited terlalu gembira bila tengok dorang gembira dengan kedatangan kami. ada yang menangis sebab terlalu terharu. tapi masih dapat tahan sebak la. masing-masing pun dapat kawal emosi bila dinasihatkan jangan tunjuk muka sedih kat situ.

lepas tu, kami senamrobik bersama mereka. dorang punya la excited. itu bukan senamrobik. itu menari! haha.. dengar gelak dorang, serius! terubat duka. dorang sangat excited dan gembira bila tengok ramai orang. walaupun dorang tak faham. sedih...
lepas senamrobik, kami buat khidmat masyarakat sikit iaitu gotong-royong sekitar pusat tu. dorang ni rupanya pandai bercucuk tanam. memang tak dinafikan!

lepas tu, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. satu kumpulan tengok cara dorang belajar dan diajar dan cara urutan fisioterapi bagi kanak-kanak yang susah nak berjalan. satu kumpulan lagi tengok hasil kraftangan yang dorang buat. rupanya! dorang ni belajar mesti banyak menggunakan lagu, warna dan bentuk. supaya dorang mudah ingat. tapi jangan salah faham! ini bukan sekolah pendidikan khas or OKU. dorang kat sini dibimbing untuk pulih jadi macam normal. bagi kanak-kanak yang mengalami masalah untuk berjalan pulak, cikgu-cikgu kat sana buat urutan fisioterapi bagi melembutkan tulang-tulang dorang supaya dorang dapat berjalan. ada seorang budak ni, 10 tahun diurut barulah dapat berjalan sedikit demi sedikit. sungguh sangat kasihan melihat mereka. di bahagian kraftangan pulak golongan remaja sehingga dewasa. dorang ni sangat la special. walaupun slow learner, tapi percaya atau tidak, yang dorang ni pandai menjahit dan buat kraftangan? yes! dorang buat apron, selimut, cadar and so on daripada kain perca. sungguh kreatif! banyak lagi la, kalau nak tahu pg tengok sendiri. konfem teruja!

so lepas tanya ini tanya itu, rupanya isnin dan selasa adalah masa untuk yang remaja. khamis hingga jumaat adalah jadual untuk kanak-kanak. dan dorang akan sambut hari lahir 3 bulan sekali. walaupun mereka dijadikan dengan kekurangan sedemikian rupa, tapi boleh membuat orang gembira. semoga mereka ditabahkan hati.

masyaAllah, sungguh Allah itu Maha Adil. mereka dijadikanNya istimewa dengan keistimewaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. bersama mereka, hilang duka. bersama mereka hanya gembira. walaupun kita tak tahu betapa mereka menanggung derita dan sengsara.
ya benar! merekalah anak-anak syurga. how special are you kids! semoga Allah beri kekuatan untuk terus hidup dan menjadi anak yang berguan suatu masa kelak. semua orang akan mendoakan. jangan sedih-sedih, masih ada yang sayang.

iman, emily, el, hanson, rahimin, herizal, ajim, hafiz dan semua yang di sana tu, kami sayang kamu semua.. kami rindu nak jumpa.. insyaAllah jika diizinkan, kami datang lagi nanti ya. LOVE YOU ALL!


 

   

   

 

 


-I'mCaliph-

No comments:

Post a Comment