Tuesday, 29 April 2014

perkongsian berharga

assalamualaikum..

lelah di petang hari tak menghalang niat ke kuliah maghrib.
dengan takdir Allah niat terhalang oleh sebab musabab yang agak kukuh. jadi, kalau diikutkan tak dapat la nak pg kuliah maghrib.
dan dengan penuh hikmah jugak, Allah takdirkan kuliah maghrib ditangguhkan.
lepas isyak pulak ada kelas pendidikan al-Quran. mahu tak mahu, kena curi sikit masa ustaz.
mintak maaf ustaz, tapi dah mintak kebenaran kan. terima kasih ustaz. jasamu dihargai.
lepas kelas, kena buat sedikit preparation untuk pg PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti).
bungkus2 hadiah, berlakulah dialog antara sahabat ini.

bercerita bukan sebarang cerita,
berkongsi bukan sebarang kongsi,
bila sudah berdua begini,
bertambah luas pemikiran di hati.

dari cerita zaman kecil-kecil. dipukul sana sini, dilarang, ditegah dan dimarah itu ini, pergaduhan zaman kanak-kanak. siapa yang tak terkenang. itulah kenangan!

semakin lama berkongsi cerita,
terbuka isu perubahan.
dulu kini itu beza, dulu kini cerita tak sama, dulu kini lain cerita. dulu tidak begini. orang tuduh itu ini. orang tengok sempurna. di mata Tuhan siapa tahu? orang cakap itu ini. di kisah silam siapa tahu? orang cakap selamba sana sini. dalam hati pendam rasa, luka sengsara menanggung derita siapa rasa?
orang mudah mengata tentang dosa pahala dia. tapi siapa tahu betapa sakit menanggung mujahadah. siapa tahu sakit menentang nafsu. siapa tahu sakit menahan untuk tidak melakukan perkara kebiasaan. bukan mudah untuk berubah!

terbuka isu penyesalan.
orang mudah berkata tentang sesuatu keburukan yang kita lakukan. tapi siapa tahu selepas itu ada penyesalan. siapa tahu andai air mata mengalir karna mengadu pada Tuhan tentang penyesalan? siapa tahu karna penyesalan itu yang membawa kepada perubahan.

terbuka isu ketakutan.
bila terbuat sesuatu yang mendatangkan dosa, orang senang bertanya menyindir tak takutkah dengan Tuhan? tapi siapa tahu rupanya dalam kegembiraan, dia takut amalannya tidak diterima Tuhan. setiap apa yang dilakukannya tidak mendapat rahmat dan redha Tuhan. dia takut bila mati tidak cukup dengan amalan. mudahnya kita mengadili hamba Tuhan!

mudahnya berkata-kata. mudahnya mendengar orang berkata. tanpa usul periksa, kita fitnah dia. kita tuduh dia. kita persalahkan dia. tanpa kita tanya apa yang berlaku sebenarnya.
tak takutkah kita tup-tup.. DIA LEBIH MULIA DARI KITA DI SISI TUHAN?

fikirkan dan sematkan. selamat beramal!

-I'mCaliph-

No comments:

Post a Comment