Friday, 5 July 2013

dengki


assalamualaikum..

entri kali ini mungkin berbentuk agak ilmiah sedikit. sbb ilmu 2 bukan hanya untuk disimpan dalam dada dan ditulis dalam buku. ianya untuk disebar2kan. ilmu 2 perlu mengalir.

mesti semua orang pernah rasa jeles kan ? or in malay nya, cemburu. termasuklah aku. itulah yang dinamakan dengki or hasad dengki.
tak kira la dengki dari segi kekayaan, kecantikan or even kedudukan. ada orang dapat nikmat lebih sikit, kita pun mulalah nak dengki. tengok orang cantik sikit, mulalah nak dengki. tengok orang berdarjat sikit dari kita, mulalah nak dengki. banyak lagi yang ada pada orang lain tapi tiada pada kita, semua kita nak dengki.

so, apa maksud dengki ni sebenarnya? ada orang tau ? blh share kalau tau. tapi yang aku pernah belajar, dengki ni bermaksud :
" sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah."

apa yang korang faham kat sini ? bagi aku, orang yang dengki ni tak suka orang lain dapat nikmat Allah lebih daripada dia. ( kalau salah tolong betukan, terima kasih ). kesian kan orang macam ni.. sbb dia tak pandang nikmat lain yang Allah bagi kat dia sampai dia tak boleh terima bila ada nikmat yang dia nak, Allah bagi kat orang lain.

sebenarnya kan, orang yang ada sifat hasad dengki ni, tak dapat nak sempurnakan imannya, sbb dia tak dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. ya la, dah jeles dengan saudara sendiri. mana nak sayang lagi.

kita tengok firman Allah ni, yang bermaksud :
"atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurnianya ?"
[Surah An-Nisa : 54]
*blh buka sendiri k..

Allah bagi sesuatu pada kita mengikut keperluan kita, bukan mengikut keinginan kita. mungkin Allah tak bagi apa yang kita minta tu sbb Allah tau ianya tak baik untuk kita.
fikir, renung.. bukan main suka hati nak salahkan Allah.

tak salah nak jeles or cemburu or dengki sekalipun. dengan syarat kita berusaha ke arah apa yang kita inginkan tu dengan jalan yang baik. berusaha ke arah yang lebih baik.

jangan sampai kita tak memandang nikmat yang Allah kurniakan pada kita sebab terlalu memandang nikmat yang Allah bagi kat orang lain.

so, tak baik la dengki2 ni, nanti kita boleh bermusuhan sesama sendiri. kita jugak yang susah kan.
jadi, sekian saja entri kali ini. fikir2, renung2, selamat beramal..  =)



:: pesanan buat dia, kamu dan mereka, terutamanya diri sendiri ::


by jari jemari

1 comment:

  1. Memang lumrah seorang manusia pasti akan merasa cemburu.. seseorang yg hebat adalah orang yg dapat mgawal dan mengubah perasaan cemburu/dengkinya itu
    menjadi perkara yg positif.. iaitu dgn mnjdikn perkara tersebut sebagai pendorng utk lebih bersyukur dengan nikmat yg tlah dbrikan oleh Allah SWT dan menjadikannya lebih berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete