assalamualaikum..
semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t..
bila bercakap tentang budak agama, first thing, mesti orang dah mind set tentang mereka yang ambil course agama, or anak pak imam, or tahfiz or mereka yang selalu melekat dengan masjid ( selalu pg masjid laaa ).
tapi percaya tak bila saya cakap, bukan senang bergelar 'budak agama'. berat tanggungjawab, sebab ada amanah. ada orang cakap budak agama bagus la, perfect la, tau hukum hakam la. tapi tidakkah kita terfikir yang kita ni manusia yang sama? seorang hamba kepada Tuhan yang sama? sujud pada satu kiblat yang sama? berpegang pada satu kitab sama? so, apa yang beza?
mungkin ada sedikit kelebihan di situ bila mendapat gelaran 'budak agama'. tapi tidak bermaksud mereka yang tak ambil course agama sesuka hati menghukum apabila 'budak agama' buat salah, or even menganggap 'budak agama' mulia semulia-mulianya di dalam dunia ini.
cuba tgk apa Hilal Asyraf tulis dalam buku dia yang bertajuk Batu Bata Kehidupan :
" tiada kemuliaan antara pelajar agama dengan yang bukan dari jurusan agama. yang mulia hanyalah mereka yang memahami agama dan mengamalkannya. sebab itu, pelajar agama, anak pak imam, tahfiz 30 juzuk, belum tentu lagi lebih mulia daripada doktor, jurutera, pelukis, tauke kedai. yang mulia antara manusia, hanya mereka yang berjaya membumikan Islam dalam kehidupan mereka "
betul kan. tak guna jugak belajar agama tinggi2 sampai ambil pHD, sampai dapat gelaran 'budak agama', tapi apa yang dipelajari tu langsung tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. lagipun, ilmu agama tu bukan hanya terbatas kepada mereka yang ambil course agama. sebab ilmu itu untuk semua yang mahu mempelajarinya. am i right? hehe..
'budak agama' pulak tiada hak untuk merendah-rendahkan mereka yang kurang pengetahuan tentang agama. tak sedarkah 'budak agama' yang mereka memikul amanah dalam menyebar dakwah? tidak terfikirkah 'budak agama' menjadi medium penting untuk menyampaikan ilmu2 Allah? masih tak sedarkah yang 'budak agama' memainkan peranan penting?
menjadi 'budak agama' yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang agama bukanlah satu gelaran yang perlu dibangga-banggakan. tetapi menjadi satu kerisauan jika ditanya Allah kelak bagaimana kita menggunakan ilmu yang kita ada untuk menyeru orang lain kepada Islam. Astaghfirullah ~
menjadi budak agama bukanlah satu lesen untuk kita merendahkan orang lain. bahkan menjadi tanggungjawab kepada budak agama untuk menjadi khadam kepada Allah bagi menyebarkan agama Allah dengan seluas-luasnya. budak agama sepatutnya tunduk merendah diri, sedar bahawa dirinya juga manusia biasa. bukan malaikat yang tidak punya dosa.
-Hilal Asyraf-
Allah tak pandang status kita, Allah tak pandang harta kita, Allah tak pandang darjat kita. tapi apa yang Allah pandang? Allah pandang amal kita, ibadah kita, takwa kita.
jadi, 'budak agama' kena menggunakan gelaran itu dengan sebaik-baiknya. jangan sampai gelaran itu yang membawa fitnah, hilang kepercayaan mereka terhadap 'budak agama'. jangan sampai satu saat nanti, 'budak agama yang akan diperlekehkan dalam soal2 agama. tak ka malu jadi 'budak agama' macam tu.
'budak agama' sebagai medium perantara dalam menyampaikan agama Allah. bukan 'budak agama' yang saja2, bukan 'budak agama' yang hanya memegang gelaran sebagai seorang 'budak agama'. bukan 'budak agama' yang hanya mengambil course agama.
biarlah 'budak agama' menjadi seorang 'budak agama' yang betul2 mempunyai agama, ada ilmu agama, dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan serta menyebarkan agama seluas-luasnya.
peringatan buat kamu, dia dan mereka. terutamanya diri sendiri
by jari jemari
No comments:
Post a Comment