Assalamualaikum..
Anda, kamu, dia, awak, mereka dan semua hamba Allah..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
kadang, hati kita ni kan rasa sakit jak. tengok itu tak boleh, tengok ini tak boleh. habis tu nak tengok apa? itu kadang-kadang sahaja.
selalu, hati kita ni gembira semacam jak. hati manyak senang ooo. senyum sendiri-sendiri bagai orang dilamun cinta pun ada jugak. itu memang selalu.
jarang, hati kita ni susah sangat nak ingat Tuhan. tengok benda cantik, cakap "wow! so beautiful" tapi tak cakap SUBHANALLAH..
tersasul buat sesuatu, cakap "mak haiii! tersalah pulak" tapi tak cakap pun ASRAGHFIRULLAH..
dapat sesuatu yang baik, cakap "yeah! i got it" tapi tak cakap pun ALHAMDULILLAH.
ini memang jarang.
nasib saja dalam hati masih "ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH"
tapi ini memang lumrah manusia yang perlu ditarbiah.
ada kadang-kadangnya, ada selalu-selalunya, ada jarang-jarangnya.
manusia memang mudah lupa.
karna itu harus ada peringatannya.
nama pun HAMBA ALLAH, senantiasa ada khilafnya.
sama-sama kita beringat!
-I'mCaliph-

No comments:
Post a Comment