Wednesday, 1 May 2013

realiti kehidupan :: 2


kita suka menuding jari ke arah orang lain. dengan menuding satu jari, kita merasa puas, senang hati. tanpa kita sedari, empat jari yang lain tertuding ke arah kita sendiri. kita hidup bukanlah hidup untuk menuding jari kepada orang lain. dalam erti kata lain, meletakkan kesalahan kepada sesiapa. kadang-kadang, kesalahan itu datangnya daripada diri kita sendiri. cuma dengan perasaan bangga yang diwujudkan oleh tuan empunya diri, merasakan bahawa sesuatu yang salah itu bukan berpunca daripada dia. oleh itu, seseorang yang dituduh tidak perlu merasa takut pada satu jari itu, kerana empat jari lagi sedang tertuju kepada si penuduh.





* pesanan buat kamu, dia dan mereka terutamanya saya *

by jari jemari

No comments:

Post a Comment