Wednesday, 24 April 2013
perjalanan dakwah ini
di kamar hati,
seolah-olah pintunya diketuk rapi,
teliti bertanya tentang tugas seorang khalifah di muka bumi ini,
berfikir bagaimana harus aku mulai.
perjalanan ini bukanlah satu angan-angan,
bukan jua impian tanpa pengalaman,
apatah lagi meraih bintang tanpa tujuan,
namun ia adalah sebuah sintaksis kehidupan yang berpegang pada satu ketentuan.
dakwah itu,
walau dia seorang rakyat biasa,
biar dia seorang raja atau pemerintah,
hati akan tetap memerlukannya.
perjalanan dakwah ini,
biar melangkah tanpa henti,
penat lelah tidak bererti,
tetap bertahan walau dicaci dimaki,
kerana yakin pada syurga yang menanti,
perjalanan ini demiMU Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment