Tuesday, 7 August 2012
kepiluanku
sahabat.. maafkan diri ini andai diri ini khilaf.. ntah di mana clapnya, kita jd seperti ini.. aku sedar begitu banyak kekuranganku jika dibandingkan dengan kelebihanku.. apalah dayaku, aku juga manusia biasa yg xpnh lepas dari dosa ntah di sengaja atau tidak, ntah disedari atau tidak.. namun bukan aku jika aku tidak berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri.. itulah kegunaan kamu sebagai sahabatku.. betulkan aku bila aku salah.. tidak adakah lagi peluang untuk kita menjadi seperti dulu ? aku rindu bila kita tak pernah renggang bagai isi dengan kuku.. aku rindu bila sentiasa ada senyuman di saat 4 mata bertemu.. aku rindu bila kita salu luangkan masa bersama wpun rasanya masa itu terlalu sedikit untuk kita.. namun, apa daya kita ? kita adalah sama tapi tak serupa.. aku ingin bila aku jadi api, kau jadi air.. bukan jadi minyak.. bila kau tidak tahu untuk menjadi air, kau kena belajar ilmu itu demi persahabatan kita.. begitu juga aku.. tapi kadang2 kita tak lepas dari emosi yang selalu memerangkap kita dengan perasaan kita sendiri.. tapi bukankah kita masing2 tahu bahawa begitulah emosi seseorang bila marah.. fahamilah sahabat, aku juga ingin dimengerti seperti aku mengerti kamu.. dan aku juga tahu yang kamu ingin difahami seperti kamu memahami aku.. dalam erti kata lain, kita berdua saling mengerti antara kita.. tapi perlukah kata PERPISAHAN itu yg kau pinta ? PERPISAHAN itukah yg terbaik buatmu agar hatimu tidak tersakiti lagi ? tidak !!! aku tidak inginkan semua itu.. aku masih sayangkan kamu, tapi tak pernah lebih dari menyanyangi Allah, Rasulullah, ibu bapa dan keluargaku.. aku masih sayangkan PERSAHABATAN kita.. aku masih sayangkan UKHUWAH kita.. dengarlah rintihanku, sahabat.. apa yg kau inginkan sebenarnya dariku ? aku akan cuba belajar jika apa yg kau inginkan itu masih boleh selamaatkan persahabatan kita.. sanggupkah kamu melihat mataku ini bergenang dengan mutiara jernih yang tidak pernah ku pinta ? cukuplah menyeksa hati dan batinku.. aku tak sanggup.. aku cuma berharap kita menjadi seperti dahulu.. aku tahu ia agak payah, tapi apa salahnya jika kita mencuba lagi untuk kali ke-2 ? maafkan aku sekali lagi kerana aku banyak menyakiti kamu.. ='(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment